Monday, May 18, 2009

Malang Bagi Foster


Penjaga gol Manchester United Ben Foster tidak akan terbabit dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Rome minggu depan selepas menjalani pembedahan untuk merawat kecerderaan ligamen di ibu jari dan direhatkan selama sembilan minggu.Foster berumur 26 tahun akan menjadi pemerhati untuk sekurang sembilan minggu dan akan terlepas peluang perlawanan terakhir United menentang Hull City,serta skuad England menerusi kelayakan Piala Dunia menentang Kazakhstan dan Andorra pada Jun 6 dan 10.



Tekanan Buat Sunderland


Kedudukan Sunderland semakin goyah untuk kekal di Liga Perdana English apabila tewas kepada Portsmouth 3-1 di Fratton Park.Mereka hanya perlu seri bagi melayakkan diri ke Liga Perdana.Sunderland sepatutnya layak apabila mendahului 1-0 melalui striker mereka Kenwyne Jones pada minit ke-59.Tetapi Portsmouth berjaya bangkit menyamakan kedudukan seminit kemudian melalui John Utaka pada minit ke-60.Dan gol sendiri Phillip Bardsley pada minit ke-68 memburukkan lagi keadaan Sunderland, berpunca dari kesilapan teruk Anton Ferdinand.Portsmouth melengkapkan kemenangan menerusi gol Armand Traore di minit ke-88.Tinggal hanya satu perlawanan terakhir lagi untuk mereka layak ke Liga Perdana iaitu dengan berdepan dengan Chelsea pada hari ahad depan.

Pemecatan Claudio Ranieri


Claudio Ranieri dipecat sebagai pengurus Juventus dan akan digantikan oleh Ciro Ferrara untuk sekurang dua permainan terakhir bagi musim ini.Ranieri berjaya mengantikan Didier Deschamps iaitu bekas pengurus kelab Turin pada 2007 tetapi gagal bagi menyekat penguasaan Inter Milan di Serie A bagi musim ini.Ahad lalu Juventus seri 2-2 di tempat sendiri dengan Atalanta lalu memaksa lembaga pengurusan memecat beliau.

Ciro Ferrara,bekas bek tengah Juvetus suatu ketika dulu, telah dipanggil untuk menjawat jawatan sebagai pengurus Juventus.Sebelum ini beliau menjawat jawatan pengurus pasukan remaja Juventus dan juga penolong pengurus kebangsaan Itali.

Sunday, May 17, 2009

Keputusan Perlawanan EPL 16&17 Mei



Glory Glory Man UTD (With Lyrics)

Iniesta Cedera???


Pemain tengah Barcelona Andres Iniesta mungkin akan terlepas peluang untuk aksi Liga Juara-Juara menentang Manchester United pada 27 Mei ini setelah mengalami kecerderaan dipeha dalam satu perlawanan liga Sepanyol menentang Villarreal yang berkesudahan seri 3-3 di Nou Camp.Iniesta kelihatan muram pabila dikeluarkan akibat kecerderaan di akhir-akhir perlawanan.Barcelona gagal mengutip 3 mata penuh bagi memastikan juara liga sepanyol milik mereka apabila seri menentang Villarreal .

Penggantungan Fletcher Pada Liga Juara-Juara Kekal


Percubaan Darren Fletcher untuk dapatkan tempat dalam kesebelasan utama Manchester untuk perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang pasukan gergasi dari Sepanyol iaitu Barcelona ditolak. UEFA memperakui bahawa kad merah yang diberikan kepada pemain Manchester United itu kekal apabila mengasari kapten pasukan Arsenal Cesc Fabregas