
Penjaga gol Manchester United Ben Foster tidak akan terbabit dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Rome minggu depan selepas menjalani pembedahan untuk merawat kecerderaan ligamen di ibu jari dan direhatkan selama sembilan minggu.Foster berumur 26 tahun akan menjadi pemerhati untuk sekurang sembilan minggu dan akan terlepas peluang perlawanan terakhir United menentang Hull City,serta skuad England menerusi kelayakan Piala Dunia menentang Kazakhstan dan Andorra pada Jun 6 dan 10. 


Monday, May 18, 2009
Malang Bagi Foster
Posted by My Yard at 8:25 PM 0 comments
Tekanan Buat Sunderland

Kedudukan Sunderland semakin goyah untuk kekal di Liga Perdana English apabila tewas kepada Portsmouth 3-1 di Fratton Park.Mereka hanya perlu seri bagi melayakkan diri ke Liga Perdana.Sunderland sepatutnya layak apabila mendahului 1-0 melalui striker mereka Kenwyne Jones pada minit ke-59.Tetapi Portsmouth berjaya bangkit menyamakan kedudukan seminit kemudian melalui John Utaka pada minit ke-60.Dan gol sendiri Phillip Bardsley pada minit ke-68 memburukkan lagi keadaan Sunderland, berpunca dari kesilapan teruk Anton Ferdinand.Portsmouth melengkapkan kemenangan menerusi gol Armand Traore di minit ke-88.Tinggal hanya satu perlawanan terakhir lagi untuk mereka layak ke Liga Perdana iaitu dengan berdepan dengan Chelsea pada hari ahad depan.
Posted by My Yard at 7:48 PM 0 comments
Pemecatan Claudio Ranieri

Claudio Ranieri dipecat sebagai pengurus Juventus dan akan digantikan oleh Ciro Ferrara untuk sekurang dua permainan terakhir bagi musim ini.Ranieri berjaya mengantikan Didier Deschamps iaitu bekas pengurus kelab Turin pada 2007 tetapi gagal bagi menyekat penguasaan Inter Milan di Serie A bagi musim ini.Ahad lalu Juventus seri 2-2 di tempat sendiri dengan Atalanta lalu memaksa lembaga pengurusan memecat beliau.
Ciro Ferrara,bekas bek tengah Juvetus suatu ketika dulu, telah dipanggil untuk menjawat jawatan sebagai pengurus Juventus.Sebelum ini beliau menjawat jawatan pengurus pasukan remaja Juventus dan juga penolong pengurus kebangsaan Itali.
Posted by My Yard at 11:26 AM 0 comments
Sunday, May 17, 2009
Iniesta Cedera???

Pemain tengah Barcelona Andres Iniesta mungkin akan terlepas peluang untuk aksi Liga Juara-Juara menentang Manchester United pada 27 Mei ini setelah mengalami kecerderaan dipeha dalam satu perlawanan liga Sepanyol menentang Villarreal yang berkesudahan seri 3-3 di Nou Camp.Iniesta kelihatan muram pabila dikeluarkan akibat kecerderaan di akhir-akhir perlawanan.Barcelona gagal mengutip 3 mata penuh bagi memastikan juara liga sepanyol milik mereka apabila seri menentang Villarreal .
Posted by My Yard at 9:13 AM 0 comments
Penggantungan Fletcher Pada Liga Juara-Juara Kekal

Percubaan Darren Fletcher untuk dapatkan tempat dalam kesebelasan utama Manchester untuk perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang pasukan gergasi dari Sepanyol iaitu Barcelona ditolak. UEFA memperakui bahawa kad merah yang diberikan kepada pemain Manchester United itu kekal apabila mengasari kapten pasukan Arsenal Cesc Fabregas
Posted by My Yard at 9:00 AM 0 comments
Ferguson Meraih Kejayaan Liga Perdana

Sir Alex Ferguson akan terus kekal sebagai pengurus pasukan Manchester United untuk beberapa tahun lagi menurut ketua pegawai Manchester United David Gill.
Ferguson berumur 67 tahun telah dimeterai gelaran di Liga Perdana yang ke-11 setelah hampir 23 tahun mengemudi di Old Trafford ."Saya tidak berniat untuk bersara langsung. Saya akan terus kekal sebagai seorang pengurus di Manchester dan sehingga kesihatan saya memberitahu apabila untuk berhenti''ujar beliau.
Seri tanpa gol dengan Arsenal kelmarin adalah mencukupi bagi memastikan United meraih gelaran juara Liga Perdana untuk kali ke-18 untuk Manchester dan kali ke-11 untuk dirinya semenjak memegang jawatan sebagai pengurus di Old Trafford.










Posted by My Yard at 8:16 AM 0 comments
Tevez Punya Masa Depan Di Manchester United
Tevez punya masa depan akan di diputuskan dalam bulan Jun ini , kata ketua pegawai MU David Gill. Manchester United hendak menyimpan Carlos Tevez walaupun penyerang Argentina itu mengatakan dia menjangka untuk meninggalkan Old Trafford .Gill, bercakap pada BBC Radio Five program Live, berkata mereka adalah membincangkan membayar satu bayaran sekitar £25m untuk pemain tersebut kepada ejen Kia Joorabchian iaitu pemilik Carlos Tevez.Dalam dua musim bersama skuad Manchester United, Tevez telah berjaya mencuri tumpuan peminat-peminat MUFC dengan menunjukkan kesungguhan dan daya usaha yang tinggi dan semangat kerjasama sepasukan dan memberi impak yang besar dalam beberapa permainan genting MU.






Posted by My Yard at 6:16 AM 0 comments
Saturday, May 16, 2009
We are The Champion
Manchester United diistiharkan Premier League champions untuk kali yang ke-11 apabila terikat 0 - 0 dengan Arsenal di Old Trafford.Walaupun kedua-dua pasukan saling seimbang corak permainan namun Manchester united tetap juara .GLORY GLORY GLORY.Kredit diberi kepada pasukan Arsenal,walaupun mempamerkan corak yg menarik namun kekentalan benteng united yang diketuai Nevanja Vidic ternyata sukar bagi pihak Arsenal untuk mencari jaringan.Tahniah buat kedua-dua pasukan yang mempamerkan corak permainan yang menghiburkan dan menarik menerusi aksi-aksi yang cemas dan mendebarkan.Buat semua peminat-peminat Manchester United ini merupakan detik-detik kegemilangan dan tidak sabar untuk ke Rome,Italy untuk Champions League final pada May 27 menentang pasukan gergasi dari Sepanyol,Barcelona.
Posted by My Yard at 7:21 AM 0 comments
