Monday, May 18, 2009

Tekanan Buat Sunderland


Kedudukan Sunderland semakin goyah untuk kekal di Liga Perdana English apabila tewas kepada Portsmouth 3-1 di Fratton Park.Mereka hanya perlu seri bagi melayakkan diri ke Liga Perdana.Sunderland sepatutnya layak apabila mendahului 1-0 melalui striker mereka Kenwyne Jones pada minit ke-59.Tetapi Portsmouth berjaya bangkit menyamakan kedudukan seminit kemudian melalui John Utaka pada minit ke-60.Dan gol sendiri Phillip Bardsley pada minit ke-68 memburukkan lagi keadaan Sunderland, berpunca dari kesilapan teruk Anton Ferdinand.Portsmouth melengkapkan kemenangan menerusi gol Armand Traore di minit ke-88.Tinggal hanya satu perlawanan terakhir lagi untuk mereka layak ke Liga Perdana iaitu dengan berdepan dengan Chelsea pada hari ahad depan.

0 comments: